Penggambaran Maxis eKelas Portal
13 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2017, 10 orang pelajar eKelas Tingkatan 1 – 3 telah membantu dalam penggambaran Montaj Portal eKelas Maxis yang baru dibina. Penggambaran dijalankan di PI Semenyih dan dibantu oleh para talent dan staf Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih.
Program ini merupakan usaha pihak Maxis bagi mengenengahkan Maxis eKelas ke arah lebih ramai pelajar yang dapat memanfaatkan penggunaannya. Oleh itu satu portal khas telah dibina untuk memudahkan lagi para pelajar untuk membantu pembelajaran mereka.
Montaj Portal eKelas ini akan digunakan ketika pelancaran Portal eKelas yang akan diadakan pada 20 Ogos 2017 bersempena dengan Karnival 2017.
Pada Mei yang lalu, satu percubaan penerimaan pengguna (UAT - User Acceptance Test) telah dijalankan. Percubaan ini akan menentukan samada portal ini mesra pengguna (user friendly), mempunyai kandungan yang menarik ataupun tidak, dan juga relevan seria berguna untuk pembelajaran mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar eKelas Maxis yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: