Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Puan Fauziah
Kisah kejayaan ini adalah berkisarkan kehidupan seorang usahawan di Kg. Pasir Baru iaitu Puan Fauziah binti Ithnin. Berusia 45 tahun, beliau mengusahakan jualan kuih muih dan produk sejukbeku di Lot 360, Kg. Pasir Baru, Jalan Sg. Lalang, 43500 Semenyih, Selangor. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang cekal dan mempunyai 5 orang anak. Bagi mengubah kehidupannya, beliau bertekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Beliau telah mengikuti Kursus Asas Keusahawanan dan Intel Enterpreneurship Basic Course anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih. Kini, Puan Fuziah telah mampu mengeluarkan produk makanannya sendiri iaitu produk makanan sejukbeku. Produk beliau bukan sahaja mendapat permintaan di kawasan setempat malah sehingga ke Kuala Lumpur. Ketabahan, kesungguhan dan keyakinan beliau telah menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat.
Puan Fauziah kini lebih berpengetahuan dalam bidang ICT berbanding dahulu. Setelah mengikuti kursus asas keusahawanan, beliau menjadi lebih yakin untuk memajukan perniagaannya kerana kursus tersebut telah mengajar kaedah-kaedah penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Bagi mencapai kejayaan, beliau telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran yang diajar dalam Kursus Asas Keusahawanan. Oleh itu, beliau mampu untuk mengaplikasikan segala ilmu dalam perniagaannya. Misalnya, kaedah pengurusan kewangan iaitu bagaimana untuk membuat penyata kira-kira. Pengurusan kewangan beliau menjadi semakin teratur dan pengeluaran dan kemasukan wang menjadi lebih efektif.
Setelah mempelajari cara penggunaan internet, beliau mendapati hidupnya lebih teratur dan matlamat perniagaan juga sudah semakin jelas. Selain itu, perspektif beliau terhadap internet juga berubah. Dahulu, beliau cuma melihat internet sebagai sesuatu yang negatif, namun kini segalanya berubah apabila mendapat tunjuk ajar di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih mengenai penggunaan internet dengan bijak. Apabila beliau mengetahui akan kewujudan PI Semenyih, beliau mendapati PI Semenyih tidak seperti pusat internet yang lain (cyber café). Objektif PI menekankan pembangunan ilmiah masyarakat setempat. Selain itu, PI Semenyih telah banyak membantu beliau dalam urusan perniagaan. Di samping itu juga, perkhidmatan di PI adalah jauh lebih murah berbanding pusat internet yang lain. Kemudahan ICT juga terbaik dan internet juga laju. PI adalah sebuah pusat sehenti yang memberi perkhidmatan dari segi ilmiah, ekonomi, dan kemasyarakatan.
Beliau sentiasa mendapat sokongan dan dorongan serta panduan dari petugas-petugas PI (Pengurus & Pen. Pengurus) Mereka sering memberi tunjuk ajar bukan sahaja mengenai ICT, malah di dalam pembelajaran juga. Selain sentiasa memberi layanan yang baik kepada semua pengunjung PI. Tarikan utama beliau untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI adalah kerana suasana di PI kelihatan sangat ceria dan selesa. Para petugas di PI sangat ramah dan sopan-santun apabila melayan pengunjung. Selain daripada itu, kemudahan seperti komputer, cetakan, wifi percuma dan berhawa dingin turut menjadi tarikan pengunjung ke sini. PI Semenyih telah mengadakan aktiviti dan program seperti Kursus Asas Keusahawan dan Kursus Asas Intel Learn Easy Step membantu beliau dan rakan-rakan yang lain bagi mengembangkan ilmu pengetahuan dalam keusahawan dan ICT.