Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Sosioekonomi
Pengembelingan usaha dan tenaga dalam proses kemajuan kampung melibatkan semua golongan sekalipun yang kurang berupaya turut mebantu dalam memberi sumbangan yang bersesuaian dengan kemampuan serta kebolehan masing-masing amat memberi kesan dan merangsang kepada pembangunan infrastruktur, idelogi, intelektual dalam menuju sebuah kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
Selain dari itu, faktor-faktor lain ialah tahap pendidikan anak-anak di kampung ini boleh dibanggakan. Ada di kalangan anak-anak watan kampung ini telah menjawat jawatan-jawatan penting seperti Penolong Pegawai Daerah, Jurutera, Doktor Perubatan dan sebagainya. Keprihatinan penduduk kampung terbukti, misalnya membiayai kos lampu jalan secara berkongsi. Semnagat kerja secara berpakat dan gotong-royong masih segar serta subur di kalangan penduduk kampung dan ini terbukti dengan kajayaan beberapa aktiviti yang dilakukan secara gotong-royong.
Keusahawanan
Penternakan ikan
Penternakan Kambing
Bengkel Perabot
Kedai Runcit/ Kedai Makan
Bengkel Membaiki Kereta
Bilangan Usahawan Tempatan
Projek Ternakan Ikan -15 orang
Projek Ternakan Kambing - 2 orang
Bengkel Perabot - 12 orang
Perniagaan Kedai Runcit/ Kedai Makan - 12 orang
Bengkel Membaiki Kereta - 1 orang