Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 21 Disember 2022








Program Menjana Pendapatan - Pemasaran Digital Tanpa Kos

3 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2022 yang lalu, berlangsung satu program keusahawanan dan seramai 7 orang perserta terdiri daripada komuniti setempat. Program keusahawanan ini mengajar peserta bagaimana mengguna Facebook dan Whatsapp sebagai platform perniagaan. Program ini berjalan dari pukul 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Ucapan terima kasij kepada pengajar, En. Khairul Johari (KJ) memberi tunjuk ajar kepada peserta. Dapat dilihat para peserta bersemangat untuk berniaga secara dalam talian.....baca seterusnya



Program Anak Istimewa Selangor (ANIS)

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? Yang paling penting, ianya PERCUMA!.....baca seterusnya



Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) 2022

19 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) telah dijalankan pada 18 Mei 2022 dan ianya dijalankan secara berkala setiap bulan sepanjang tahun 2022. Seramai lima (5) orang peserta yang telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang.....baca seterusnya



Program KITAR di PEDi Semenyih

6 April 2022 | Aktiviti Terkini

Projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste). PEDi Semenyih telah dipilih oleh MCMC sebagai salah satu lokasi pengumpulan alat peranti lama atau rosak. Hasil pengumpulan ini kemudian akan dilupuskan dengan cara selamat dan sihat.....baca seterusnya



Smart Selangor Parking

17 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Bermula daripada bulan Januari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah menamatkan penggunaan kupon maual dan melaksanakan pembayaran parking secara digital melalui sistem aplikasi SSP atau lebih dikenali sebagai Smart Selangor Parking. Inisiatif Smart Selangor ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan selamat.....baca seterusnya



Program Advokasi KafeTEEN@PEDi di Semenyih

24 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital Semenyih telah mengadakan sebuah program advokasi bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Program Advokasi KafeTEEN@PEDi.....baca seterusnya



Bengkel Asas Canva Untuk Perniagaan

29 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Semenyih telah berkerjasama dengan Rakan Digital Semenyih untuk menjalankan sebuah program atas talian iaitu Bengkel Asas Canva Untuk Perniagaan. Bengkel atas talian ini telah melibatkan seramai 7 orang peserta dan menggunakan Google Meet sebagai medium atas talian.....baca seterusnya



Bengkel Keusahawan – Asas Akaun

28 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, PEDi Semenyih telah mengadakan sebuah bengkel keusahawan yang mengajar tentang asas akaun kepada usahawan – usahawan komuniti yang terdapat di sekitar Semenyih. Bengkel ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari.....baca seterusnya



Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mentransformasi PEDi sebagai Pusat Sehenti untuk membimbing usahawan mikro menggunakan teknologi digital, bagi menggiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan dalam kalangan usahawan luar bandar.....baca seterusnya



Perkhidmatan Baru di PIK Semenyih – Studio Rakaman

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, PIK Semenyih telah menjalankan satu sesi penggambaran akademik bersama dengan pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkhidmatan ini baru sahaja diperkenalkan oleh PIK Semenyih yang menawarkan perkhidmatan rakaman dan penyuntingan kepada pengguna.....baca seterusnya



Penamatan Rangkaian 3G

5 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Tahukah anda penamatan Rangkaian 3G akan ditamatkan pada akhir tahun 2021? Anda tidak perlu risau, pemberitahuan mengenai tamatkannya rangkaian 3G akan dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi sebelum 31 Disember 2021. Liputan 4G akan diperluaskan bagi memberi kelajuan yang lebih tinggi. VoLTE bermaksud Voice over LTE......... baca seterusnya



Pengemaskinian Aplikasi MySejahtera

30 September 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan wajah baru aplikasi MySejahtera yang memaparkan beberapa ciri – ciri yang terbaru misalnya seperti paparan yang menunjukkan status individu tersebut samada sudah divaksinasi ataupun tidak serta status risiko individu tersebut.....baca seterusnya



Norma Baru – Aktiviti PdPR di PIK Semenyih

28 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan secara PdPR diteruskan hingga 31 Ogos tahun ini berikutan dengan penularan virus Covid-19 yang masih belum reda lagi di negara kita ini.....baca seterusnya



Kelas Multimedia Online Aplikasi Canva

25 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti telah berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat untuk menjalankan sebuah program atas talian iaitu Kelas Multimedia Online Aplikasi Canva. Kelas atas talian ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta dan menggunakan Google Meet sebagai medium atas talian.....baca seterusnya



Norma Baru – Aktiviti Atas Talian Sepanjang PKP

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Merujuk kepada kenyataan media PMO pada 28 Mei 2021 berkenaan dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ di seluruh negara telah menyebabkan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara tidak dapat beroperasi sementara sepanjang tempoh tersebut.....baca seterusnya




Program Jaringan Prihatin

21 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih. Program bernilai RM3.5 bilion ini adalah pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan pada Februari 2021 dan bertujuan membina bakat dan kemahiran digital, seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.....baca seterusnya



Norma Baru Kursus Pra Perkahwinan Online

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Bagi mengamalkan pembudayaan norma baharu, di Selangor telah diadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam secara dalam talian (online). Pengumuman ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.....baca seterusnya





Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) 2021

19 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) telah dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2021 sejak berlaku Perintah Kawalan Pergerakan di Negeri Selangor. Seramai empat orang peserta yang telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer ini di Pusat Internet Komuniti Semenyih.....baca seterusnya



Norma Baru "Majlis Pernikahan Atas Talian"

9 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti telah berkerjasama dengan Pejabat Agama Islam Hulu Langat untuk menjalankan Majlis Pernikahan Atas Talian. Majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukannya melalui sidang video mulai 4 Februari 2021, dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).....baca seterusnya



Citizen E-Payment (CePAT)

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Citizen E-Payment atau lebih dikenali dengan singkatan CePAT merupakan platform atas talian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memudahkan pembayaran secara nirtunai bagi perkhidmatan kerajaan. Menurut Pengarah Urusan Smart Selangor Innovations Sdn Bhd iaitu Dr Fahmi Ngah mengatakan bahawa platform atas talian.....baca seterusnya



Pelancaran Portal MalaysiaBiz

11 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Sebuah portal telah dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SME Corp sebagai satu inisiatif untuk menjadi pemudah.....baca seterusnya



Program Klik Dengan Bijak

1 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan sebuah kempen kesedaran iaitu Program Klik Dengan Bijak bagi menerapkan etika –etika penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.....baca seterusnya



Pendaftaran Percuma SSM BizTrust Dilanjutkan

24 November 2020 | Aktiviti Terkini

Menerusi laman rasmi BizTrust SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengeluarkan kenyataan untuk melanjutkan lagi pendaftaran secara percuma SSM BizTrust sehingga Disember tahun hadapan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexendar Nanta Linggi mengatakan bahawa inisiatif ini dilakukan seiring dengan perubahan trend urus niaga....baca seterusnya



Train The Trainer (TTT) – Basic Shopee Seller Course

14 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2020, telah berlangsungnya Train the Trainer (TTT) – Basic Shopee Seller Course yang berlangsung secara atas talian menggunakan perisian Zoom. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti bagaimana cara untuk memulakan perniagaan menggunakan platform atas talian iaitu Shopee........baca seterusnya



Hardware Training Via StreamYard LIVE

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020, telah berlangsungnya hardware training iaitu “Tips Mudah Lajukan Laptop” yang berlangsung secara atas talian menggunakan perisian StreamyYard.......baca seterusnya



Bengkel MIV Bersama Komuniti

10 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, Pusat Internet Semenyih telah turut serta bersama menyertai bengkel anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020.......baca seterusnya



Kempen Kebebesan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong

3 September 2020 | Aktiviti Terkini

Baru - baru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan sebuah kempen kesedaran iaitu Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong bagi menerapkan etika – etika penggunaan media sosial dengan baik serta nilai – nilai positif kepada pengguna media sosial pada masa kini. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada.......baca seterusnya



Ujian Radio Amatur (ORAE)

13 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai lima orang peserta telah mengikuti ORAE di Pusat Internet Semenyih. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang........baca seterusnya





Kelas Tambahan Digital Ekelas Maxis 2020

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

8 Mac 2020 – Kelas Tambahan Digital Ekelas Maxis telah memulakan sesi pembelajaran baharu bermula pada bulan Mac ini. Kelas tambahan Digital Ekelas merupakan pembelajaran digital selepas waktu persekolahan bertujuan meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Fokusnya pada tiga subjek iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.........baca seterusnya



Kelas Online Marketing - Shopee

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan Pusat Internet Desa Beranang untuk mengadakan sebuah bengkel keusahawan iaituKelas Online Marketing - Shopee untuk pelajar semester satu daripada Giatmara Hulu Langat. Bengkel ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.........baca seterusnya



Anugerah Gemilang Ekelas Kembali Lagi

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun – tahun sebelum ini, kami menjemput para pelajar Ekelas Maxis untuk menyertai program Anugerah Gemilang Ekelas 2019 pada tahun ini, dimana pihak Maxis akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang berusaha..........baca seterusnya





Ujian Radio Amatur (ORAE)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, seramai empat orang peserta telah mengikuti ORAE di Pusat Internet Semenyih. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang..........baca seterusnya



Bengkel SPKPN di PI Semenyih

3 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS untuk mengadakan sebuah bengkel yang diberi nama Bengkel Sistem Profail Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) Kemas Daerah Hulu Langat 2019, Fasa 2 untuk Mukim Semenyih..........baca seterusnya



Bengkel Asas Pemasaran Bersama PWB

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk mengadakan sebuah bengkel asas pemasaran secara percuma untuk komuniti disekitar Semenyih. Program yang diberi nama Bengkel Digital Learning On Marketing/Promoting/ Social Media..........baca seterusnya



Uji Minda Bersama Ekelas Maxis

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena peperiksaan akhir tahun, Ekelas Maxis telah dijalankan seperti biasa. Selain daripada mengulangkaji topik – topik penting, pelajar juga boleh bermain permainan uji minda yang menarik dan menyeronokkan bersama dengan cikgu. Program Ekelas Maxis ini merupakan sebuah program kelas tambahan digital selepas waktu persekolahan...........baca seterusnya



ICT Learning di PI Semenyih

25 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lalu, PI Semenyih telah mengadakan sebuah program ICT yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet iaitu ICT Learning. ICT Learning merupakan sebuah program............baca seterusnya



Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program Bersama UiTM Shah Alam Siri III ini merupakan sebuah program sinambungan I dan II antara Pusat Internet Wilayah Tengah dengan UiTM Shah Alam. Program ini diteruskan lagi bagi untuk memberi kesedaran............baca seterusnya



Hari Terbuka PI Semenyih

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah mengadakan sebuah program iaitu Hari Terbuka bagi menghargai dan menjalinkan silaturrohim diantara komuniti Semenyih dengan Pusat Internet Semenyih. Hari Terbuka Pusat Internet Semenyih ini diadakan dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang pada 17 haribulan 8, 2019.............baca seterusnya



Taklimat Khas Mengenai Siaran TV Digital myFreeview

3 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

MyFreeview merupakan jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan. Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya............baca seterusnya



Projek Akhir Tahun Ekelas Maxis 2019

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Ekelas telah menyediakan aktiviti – aktiviti dan ekperimen menarik dan menyeronokkan pada minggu ini sempena penggal akhir bagi eKelas tahun 2019 ini. Aktiviti dan ekperimen ini disediakan untuk memberi pelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami kerana aktiviti dilakukan secara pratikal secara berkumpulan............baca seterusnya





Kursus Shopee Di PI Semenyih

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan kerjasama bersama dengan Pusat Internet Desa Beranang dan Jiranita Taman Semenyih Impian untuk mengadakan sebuah kursus keusahawanan iaitu Kursus Shopee: Satu Klik, Sejuta Peluang bersama Shopee. Program ini bertempat di Pusat Internet Semenyih.......baca seterusnya



ORAE di PI Semenyih

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, seorang peserta telah mengikuti OREA di Pusat Internet Semenyih. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari........baca seterusnya



Misi Digital Raya Ekelas Di PI Semenyih

18 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Ekelas Maxis telah menyediakan sebuah misi untuk semua para pelajar Ekelas. Para pelajar telah diberi tiga misi untuk diselesaikan bagi memperolehi hadiah yang disediakan oleh Maxis. Antara misi – misinya ialah Misi A, hiasan lakaran bagi kerja berkumpulan.......baca seterusnya



Program Galakan Menabung Bersama PTPTN

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei yang lalu, PI Semenyih telah menjalinkan kerjasama dengan KRT Taman Semenyih Impian untuk menganjurkan sebuah program bersama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ........baca seterusnya



Kerjasama Bersama Sahabat AIM Terus Berlangsung

24 April 2019 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun yang lalu, kolabarasi antara PI Semenyih dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) masih diteruskan sehingga kini. Kerjasama ini dapat membantu peniaga-peniaga kecil di kawasan setempat untuk berkumpul dan sama-sama berbincang mengenai perniagaan yang mereka jalankan. Selain daripada perbincangan, sahabat-sahabat AIM turut mempromosikan produk mereka untuk dijual secara langsung........baca seterusnya



Eksperimen Ekelas Kembali Lagi

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena tamatnya cuti sekolah, Ekelas telah menyediakan aktiviti – aktiviti dan ekperimen menarik dan menyeronokkan pada minggu ini. Aktiviti dan ekperimen ini disediakan untuk memberi pelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami kerana aktiviti dilakukan secara pratikal. Program Ekelas Maxis ini merupakan sebuah program kelas........baca seterusnya





Program Kolaborasi Bersama AIM

7 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Kolaborasi bersama dengan sahabat-sahabat AIM merupakan sebuah program yang selari dengan peranan PI Semenyih sebagai salah satu Pusat Keusahawanan Setempat........baca seterusnya



Lawatan ke Kampung Orang Asli Semenyih

5 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Satu lawatan ke Kampung Orang Asli Kachau Dalam & Luar (berdekatan dengan PI Semenyih) telah diadakan oleh Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital, Dato' Mohd Ali Hanafiah bersama-sama Pengurus Pusat Internet.........baca seterusnya



Lawatan Mesra MCMC ke PI Semenyih

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menerima kunjungan oleh Ketua Pegawai Komunikasi dan Ecosistem Digital, Dato' Mohd Ali Hanafiah bersama-sama dengan Pengarah Wilayah Tengah, Tuan Hj. Zahari Ismail.........baca seterusnya



Sesi Penggambaran eKelas 2019

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sekali lagi PI Semenyih dipilih sebagai destinasi penggambaran video eKelas 2019. Video yang dihasilkan akan dijadikan sebagai video mempromosikan eKelas kepada para pelajar di seluruh Malaysia. Penggambaran bermula pada pukul 6:00 pagi dan tamat pada pukul 8:00 malam.........baca seterusnya





Kerjasama Diteruskan Bersama AIM

10 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun yang lalu, sekali lagi kerjasama antara PI Semenyih dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diteruskan. Kerjasama ini dapat membantu peniaga-peniaga kecil di kawasan setempat untuk berkumpul dan sama-sama berbincang mengenai perniagaan yang mereka jalankan. Selain perbincangan...........baca seterusnya



Pendaftaran eKelas Sesi 2018

23 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Semenyih, Pusat Internet telah turut serta dalam Karnival Pelancongan Luar Bandar & Rakyat Semenyih pada 22 Disember 2018. Pusat Internet Semenyih telah mempromosikan dan membuat pendaftaran eKelas secara talian bagi sesi 2019. Program eKelas adalah kelas tambahan digital percuma untuk pelajar dari tahun 6 hingga tingkatan 5...........baca seterusnya



Bengkel Latihan PI Advokasi 2018

15 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Satu bengkel latihan Pusat Internet telah dijalankan pada 14 Disember 2018. Bengkel ini diadakan bagi memberi maklumat terbaru mengenai kandungan advokasi kepada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet di Putrajaya dan Semenyih. Seramai 10 orang peserta telah menghadirkan diri semasa bengkel latihan dijalankan...........baca seterusnya



Open Day 2018

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menganjur Open Day 2018. Seramai 100 orang telah menghadiri program tersebut dan pelbagai peringkat usia telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan...........baca seterusnya



Kem eKelas 2018

22 November 2018 | Aktiviti Terkini

Seramai 100 orang pelajar terdiri daripada 25 Pusat Internet bawah seliaan Maxis telah berkampung di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 3 hari untuk mengikuti Kem eKelas 2018...........baca seterusnya



PI Semenyih Menjadi Lokasi ORAE

17 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kali ini, seramai 4 orang peserta telah mengikuti ORAE di PI Semenyih. ORAE adalah Peperiksaan Radio Amatur Online yang dijalankan setiap bulan di PI Semenyih. Peperiksaan ini dijalankan selama 3 jam bermula 2:00 petang hingga 5:00 petang ...........baca seterusnya


Taklimat Ringkas eRezeki

8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Satu taklimat ringkas mengenai eRezeki telah dijalankan di Pusat Internet Intan Baiduri pada 7 Oktober yang lalu. Tujuan taklimat ini adalah untuk mempromosi program eRezeki di kalangan penduduk setempat. Program eRezeki membolehkan penduduk, terutamanya golongan berpendapatan rendah...........baca seterusnya


Program eKelas Bersama UKM

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September yang lalu, sebuah program kerjasama antara Pusat Internet Semenyih, Maxis eKelas dan UKM telah dijalan. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar mengenai kaedah dan konsep pembelajaran yang mereka minati. Program ini dijalankan selama sejam iaitu bermula pada pukul 10:00 pagi dan tamat pada 11:00 pagi............baca seterusnya


Program Pencegahan Kebakaran

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Sebuah Program Pencegahan Kebakaran telah dijalankan pada 21 September yang lalu. Program ini adalah program kerjasama antara PI Semenyih dan Persatuan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur. Seramai 24 orang peserta telah melibatkan diri yang mana terdiri daripada staf PI Maxis Wilayah Tengah dan komuniti setempat...........baca seterusnya


Pembelajaran Secara Interaktif Astro Tutor

3 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2018, hari Ahad telah berlangsungnya Pembelajaran Secara Interaktif Astro Tutor. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:00 tengahari.......baca seterusnya


Program eKelas & Perhilitan di 10 Pusat Internet

3 September 2018 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan bulan Merdeka ke-61, Perhilitan (atau dengan nama lainnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia) ingin menyebarkan kesedaran tentang haiwan-haiwan terancam di Malaysia.......baca seterusnya


Program eRezeki di PI Semenyih

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Seramai 9 orang peserta telah menghadiri ke Program eRezeki yang dianjurkan pada 12 Ogos 2018 yang lalu. Program ini telah dijalankan di Pusat Internet Semenyih bermula 9:30 pagi hingga 1:00 petang. Program eRezeki adalah satu platform bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjana pendapatan tambahan secara atas talian........baca seterusnya


ORAE di PI Semenyih

11 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai yang lalu, seramai 5 orang peserta telah menduduki Peperiksaan Radio Amatur secara dalam talian (ORAE) di PI Semenyih. Peperiksaan bermula pada pukul 2:00 petang dan tamat pada pukul 5:00 petang. Para peserta yang menduduki peperiksaan terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pekerja swasta. ORAE akan dijalankan sekali sebulan di PI Semenyih sepanjang tahun 2018 ini........baca seterusnya


EKelas Maxis Bagi Penggal Suku ke-3 Kini Bermula!

07 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai yang lalu, eKelas Maxis diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah pembelajaran secara interaktif, aktiviti-aktiviti berkumpulan, pop kuiz dan lain-lain lagi. EKelas Maxis telah banyak membantu dari segi pelajaran terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan dengan PI Semenyih............baca seterusnya


Peperiksaan Radio Amatur Online (ORAE)

27 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2018, Seramai 3 orang peserta talah menduduki peperiksaan Radio Amatur Online (ORAE) bertempat di PI Semenyih. Peperiksaan bermula jam 2:00 petang dan berakhir jam 5:00 petang. Program ini bertujuan bagi memenuhi kehendak MCMC untuk menjadikan PI Semenyih sebagai pusat ujian...........baca seterusnya




Permainan Pendidikan Online MAXIS eKelas

29 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2018, hari Sabtu telah berlangsungnya satu Permainan Pendidikan Online oleh Maxis eKelas. Aktiviti telah bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. ...........baca seterusnya





Program Kolaborasi Berjadual-Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)

18 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Kolaborasi Berjadual - Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat AIM diteruskan lagi bagi minggu ketiga Januari 2018 pada hari Rabu, 17 Januari 2018. PI Semenyih sudah berkolaborasi selama hampir 2 tahun bersama Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menyediakan tempat bagi usahawan-usahawan luar bandar di kawasan Semenyih ini. Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Internet Linggi, selama 1 jam bermula dari 9 pagi sehingga 10 pagi ini dihadiri oleh seramai 18 orang usahawan............baca seterusnya


Peperiksaan Radio Amatur Online (ORAE)

17 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan bagi memenuhi kehendak MCMC untuk menjadikan PI Semenyih sebagai pusat ujian. Di samping itu, program ini membantu memperkenalkan PI Semenyih sebagai pusat komuniti dengan adanya capaian jalurlebar yang baik bukan saja kepada kepada masyarakat setempat tetapi juga kepada masyarakat seluruh negeri. Seramai 10 orang peserta telah hadir bagi menjalani Peperiksaan Radio Amatur Online pada kali ini...........baca seterusnya


Program Orientasi dan Pengenalan kepada Portal eKelas

14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari yang lalu, telah berlangsung satu program bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih, iaitu peogram Orientasi dan Pengenalan kepada Portal eKelas. Program ini telah dihadiri oleh 32 orang pelajar eKelas yang terdiri daripada 19 orang pelajar baru berdaftar dan 13 orang pelajar yang sudah berdaftar..........baca seterusnya


Program Kolaborasi Berjadual-Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)

11 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Kolaborasi Berjadual - Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat AIM diteruskan lagi bagi minggu kedua Januari 2018 pada hari Rabu, 10 Januari 2018. PI Semenyih sudah berkolaborasi selama hampir 2 tahun bersama Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menyediakan tempat bagi usahawan-usahawan luar bandar di kawasan Semenyih ini. Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Internet Linggi, selama 1 jam bermula dari 9 pagi sehingga 10 pagi ini dihadiri oleh seramai 18 orang usahawan..........baca seterusnya


Program Kolaborasi Berjadual-Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)

04 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Program Kolaborasi Berjadual - Mesyuarat Bersama Sahabat-sahabat AIM diteruskan lagi bagi minggu pertama Januari 2018 pada hari Rabu, 3 Januari 2018. PI Semenyih sudah berkolaborasi selama hampir 2 tahun bersama Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menyediakan tempat bagi usahawan-usahawan luar bandar di kawasan Semenyih ini. Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Internet Linggi, selama 1 jam bermula dari 9 pagi sehingga 10 pagi ini dihadiri oleh seramai 18 orang usahawan.........baca seterusnya


Program Kolaborasi e-Rezeki MDEC

5 November 2017 | Aktiviti Terkini

Malaysia Digital Economy Corporation telah berkolaborasi dengan Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah mengadakan satu program mengenai eRezeki iaitu Program Kolaborasi e-Usahawan MDEC secara percuma........baca seterusnya


Penggambaran Maxis eKelas Portal

13 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2017, 10 orang pelajar eKelas Tingkatan 1 – 3 telah membantu dalam penggambaran Montaj Portal eKelas Maxis yang baru dibina. Penggambaran dijalankan di PI Semenyih dan dibantu oleh para talent dan staf Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih. .........baca seterusnya


Maxis eKelas Portal User Acceptance Test (UAT)

1 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2017, 10 orang pelajar eKelas Tingkatan 1 – 3 telah membantu dalam User Acceptance Test (UAT) Portal eKelas Maxis yang baru dibina. Program ini telah dijalankan bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 1 petang............baca seterusnya


RTM Shooting di PI Semenyih

9 April 2017 | Aktiviti Terkini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan penggambaran di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Program disertai oleh usahawan, ibubapa pelajar eKelas Maxis dan pelajar eKelas Maxis...........baca seterusnya


Program Kolaborasi e-Usahawan MDEC

24 Februari 2017 | Aktiviti Terkini

Malaysia Digital Economy Corporation telah berkolaborasi dengan Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah mengadakan satu program mengenai usahawan digital iaitu Program Kolaborasi e-Usahawan MDEC secara percuma..........baca seterusnya


Gotong Royong di PI Semenyih

16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih, satu gotong royong telah diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar PI Semenyih. Gotong royong bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Seramai lebih kurang 15 orang dewasa dan kanak-kanak telah hadir. ......baca seterusnya


Bengkel Robotics 2016

29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Bengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bengkel Robotics ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC. Ianya telah dihadiri oleh 39 orang peserta. Diadakan di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. ......baca seterusnya


Program Motivasi eKelas

11 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Seramai 17 orang pelajar Tingkatan 3 yang merupakan pelajar eKelas telah menghadiri program motivasi eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Program ini telah dijalankan pada 10 Mei 2016 (Selasa) bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih, Selangor. Program ini turut dihadiri oleh seorang penceramah dari Maxis (En Avi) dan juga seorang guru eKelas (Cik Nurul). Program bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.......baca seterusnya


Program Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih

5 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Para pelajar dan pensyarah tiba di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih pada jam 10.00 pagi 4 Mei 2016. Seramai 9 orang pelajar dan seorang pensyarah Prof. Dr. Siti Zobidah Omar dari kelas KOM 5415: Komunikasi Siber, Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat, Bahagian Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi taklimat ringkas sebelum dibawa melawat ke sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih ini. ......baca seterusnya





Belajar Itu Seronok!

15 November 2015| Aktiviti Terkini

Pusat Internet Semenyih adalah salah sebuah PI yang dipilih oleh Maxis Berhad untuk bersama-sama menjayakan Program E-Kelas. Program E-Kelas adalah sebuah program yang memberi tumpuan. ....baca seterusnya


Kursus Asas Keusahawanan

1 Disember 2014| Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah menjalankan Kursus Asas Keusahawanan pada 30 November 2014 bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Kursus ni telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih dan seramai 10 orang telah menghadirinya. ....baca seterusnya