Program Kolaborasi e-Usahawan MDEC
24 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniMalaysia Digital Economy Corporation telah berkolaborasi dengan Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah mengadakan satu program mengenai usahawan digital iaitu Program Kolaborasi e-Usahawan MDEC secara percuma. Program ini telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program disertai oleh seorang tenaga pengajar iaitu Puan Wan Fatmasuriati Yahya dan 13 orang peserta daripada pelbagai latar belakang perniagaan seperti restoran, fotografi dan lain-lain.
Program bermula dengan pengenalan mengenai PI Semenyih oleh pengurus PI Semenyih iaitu Encik Anwar Maso’od. Program diteruskan dengan aktiviti taaruf atau pengenalan diri dan perniagaan masing-masing. Kemudian, Puan Wan Fatmasuriati meneruskan dengan aktiviti yang seterusnya.
Aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah pengenalan terhadap perniagaan Facebook, pengenalan terhadap perniagaan Instagram, pengenalan terhadap pemasaran Whatssap, pengenalan terhadap teknik ‘copywriting’, pengenalan terhadap ‘Search Engine Opimization’ dan pengenalan terhadap ‘Google Trend’ dan katakunci Google. Dilihat para peserta sangat bersemangat untuk belajar lebih mengenai apa yang di ajarkan kerana Puan Wan Fatmasuriati melibatkan komunikasi dua hala dan pelajaran juga dilakukan secara praktikal dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh PI Semenyih seperti PC dan capaian internet.
Program ini dilihat banyak memberi kelebihan kepada para peserta seperti para peserta dapat meningkatkan ilmu berkaitan strategi pemasaran secara digital dan dapat berkongsi idea perniagaan antara satu sama lain. Selain itu, para peserta juga dapat meningkatkan kesedaran kepentingan dan keberkesanan perniagaan online. Para peserta dapat bertanya soalan secara terus kepada tenaga pengajar seterusnya dapat meleraikan segala persoalan berkaitan usahawan digital. Dengan adanya tenaga pengajar yang berpengalaman, para peserta dilihat sangat yakin akan ilmu yang disampaikan.
Diakhir sesi pembelajaran, para peserta dilihat sangat berpuas hati dengan perkongsian ilmu sepanjang hari ini. Selain itu, mereka juga berasa selesa dengan keadaan dan suasana pembelajaran serta kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: