Maxis eKelas Portal User Acceptance Test (UAT)
1 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 31 Mei 2017, 10 orang pelajar eKelas Tingkatan 1 – 3 telah membantu dalam User Acceptance Test (UAT) Portal eKelas Maxis yang baru dibina. Program ini telah dijalankan bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 1 petang. Pogram dikendalikan oleh dua orang sukarelawan daripada Maxis dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih.
Program ini merupakan usaha pihak Maxis bagi mengenengahkan Maxis eKelas ke arah lebih ramai pelajar yang dapat memanfaatkan penggunaannya. Oleh itu satu portal khas telah dibina untuk memudahkan lagi para pelajar untuk membantu pembelajaran mereka.
Sehingga hari ini, pembinaan portal itu telahpun mencapai 90 peratus persiapannya, dan 10 peratus lagi memerlukan percubaan penerimaan pengguna (UAT - User Acceptance Test). Percubaan ini akan menentukan samada portal ini mesra pengguna (user friendly), mempunyai kandungan yang menarik ataupun tidak, dan juga relevan seria berguna untuk pembelajaran mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar eKelas Maxis yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: