RTM Shooting di PI Semenyih
9 April 2017 | Aktiviti TerkiniRadio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan penggambaran di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Program disertai oleh usahawan, ibubapa pelajar eKelas Maxis dan pelajar eKelas Maxis.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan peranan dan aktiviti PI sebagai pusat komuniti setempat. Krew RTM telah datang ke PI Semenyih untuk penggambaran mengenai aktiviti-aktiviti yang yang dijalankan di PI Semenyih. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah ekelas Maxis dan peranan PI Semenyih dalam aktiviti harian komuniti termasuklah penggunaan pc, internet, perkhidmatan fotokopi dan juga pusat sehenti kepada para usahawan.
Antara kebaikan program ini ialah dapat mengetengahkan peranan PI Semenyih sebagai pusat komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada umum mengenai aktiviti yang dijalankan di PI Semenyih.
Program bermula pada jam 10.00 pagi. Wartawan menemubual pengurus PI Semenyih, En. Anwar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan aktiviti PI. Setelah itu, program diteruskan dengan menemubual para ibu bapa dan pelajar eKelas Maxis.Pihak RTM juga merakamkan suasana ketika eKelas sedang berjalan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan pelajar eKelas Maxis dan usahawan yang telah hadir bagi menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: