Program eRezeki di PI Semenyih

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Seramai 9 orang peserta telah menghadiri ke Program eRezeki yang dianjurkan pada 12 Ogos 2018 yang lalu. Program ini telah dijalankan di Pusat Internet Semenyih bermula 9:30 pagi hingga 1:00 petang. Program eRezeki adalah satu platform bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjana pendapatan tambahan secara atas talian. Program seperti ini telah berjaya menarik minat komuniti dan beberapa perancangan telah dibuat untuk mengadakan program seumpama ini lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali