Lawatan ke Kampung Orang Asli Semenyih
5 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniSatu lawatan ke Kampung Orang Asli Kachau Dalam & Luar (berdekatan dengan PI Semenyih) telah diadakan oleh Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital, Dato' Mohd Ali Hanafiah bersama-sama Pengurus Pusat Internet serta diiringi oleh pegawai-pegawai dari Maxis, Digi, Umobile & Celcom.
Tujuan lawatan ini adalah untuk bertindak atas aduan kurangnya keupayaan jaringan komunikasi di kedua-dua kampung tersebut. Dato' Mohd Ali turut sempat beramah mesra dan bertanyakan masalah masyarakat orang asli berkaitan dengan masalah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: