Program Galakan Menabung Bersama PTPTN

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei yang lalu, PI Semenyih telah menjalinkan kerjasama dengan KRT Taman Semenyih Impian untuk menganjurkan sebuah program bersama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Program Galakan Menabung. Kolaborasi ini diadakan untuk mempromosikan budaya menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I dan SSPN-I Plus) dan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan di kalangan penduduk Semenyih.

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk memudahkan orang awam untuk membuka akaun SSPN-I dan SSPN-I Plus serta membuat semakan dan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Sepanjang berlangsungnya Program Galakan Menabung ini, sebanyak 50 akaun telah berjaya didaftarkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali