Ekelas Maxis Berjaya Menarik Minat Kalangan Pelajar

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Program Ekelas Maxis ini merupakan sebuah program kelas tambahan digital selepas waktu persekolahan yang memberi tumpuan kepada subjek – subjek kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris disamping memberi pendedahkan dengan lebih mendalam terhadap subjek – subjek ini di kalangan pelajar darjah enam sehingga tingkatan lima.

Tujuan utama program Ekelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara baru pembelajaran digital yang terdapat di Pusat Internet Semenyih. Selain menghubungkan pelajar dengan guru melalui sesi tutorial secara langsung.

Program yang berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu ini, melibatkan seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penduduk sekitar Semenyih.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali