Bengkel SPKPN di PI Semenyih

3 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan iaitu KEMAS untuk mengadakan sebuah bengkel yang diberi nama Bengkel Sistem Profail Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) Kemas Daerah Hulu Langat 2019, Fasa 2 untuk Mukim Semenyih. Bengkel ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Semenyih.

Seramai 10 wakil kampung daripada mukim Semenyih menghadirkan diri untuk mengisi maklumat kedalam sistem ini. Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) ini merupakan satu sistem pengkalan data mengenai maklumat kampung yang dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Oleh yang demikian semua MPKK perlu melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali