Uji Minda Bersama Ekelas Maxis

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena peperiksaan akhir tahun, Ekelas Maxis telah dijalankan seperti biasa. Selain daripada mengulangkaji topik – topik penting, pelajar juga boleh bermain permainan uji minda yang menarik dan menyeronokkan bersama dengan cikgu. Program Ekelas Maxis ini merupakan sebuah program kelas tambahan digital selepas waktu persekolahan yang memberi tumpuan kepada subjek – subjek kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris disamping memberi pendedahkan dengan lebih mendalam terhadap subjek – subjek ini di kalangan pelajar darjah enam sehingga tingkatan lima. Program yang berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu ini, melibatkan seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penduduk sekitar Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali