Eksperimen Ekelas Kembali Lagi

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena tamatnya cuti sekolah, Ekelas telah menyediakan aktiviti – aktiviti dan ekperimen menarik dan menyeronokkan pada minggu ini. Aktiviti dan ekperimen ini disediakan untuk memberi pelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami kerana aktiviti dilakukan secara pratikal. Program Ekelas Maxis ini merupakan sebuah program kelas tambahan digital selepas waktu persekolahan yang memberi tumpuan kepada subjek – subjek kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris disamping memberi pendedahkan dengan lebih mendalam terhadap subjek – subjek ini di kalangan pelajar darjah enam sehingga tingkatan lima. Ekelas ini yang berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu ini, melibatkan seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada kalangan penduduk sekitar Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali