Bengkel Asas Pemasaran Bersama PWB

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Khamis yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk mengadakan sebuah bengkel asas pemasaran secara percuma untuk komuniti disekitar Semenyih. Program yang diberi nama Bengkel Digital Learning On Marketing/Promoting/ Social Media and Adverstising telah diadakan di Bilik Latihan PI Semenyih bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Dun Semenyih iaitu En. Muhammad Aiman Zainali bersama dengan Cik Siti Afzan Bt Mohd Kasim selaku Penyelia PWB Dun N.24 Semenyih. Pusat Wanita Berdaya (PWB) ini merupakan sebuah platform yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk melatih dan membimbing para wanita agar mendapat latihan pengupayaan menerusi aspek kepimpinan, pembinaan kapasiti dan kemahiran asas. Disamping itu, sebagai persedian untuk wanita diangkat ke tahap yang lebih tinggi sekali gus untuk melihat pembabitan wanita di secara aktif dalam pelbagai aktiviti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali