Kursus Shopee Di PI Semenyih

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan kerjasama bersama dengan Pusat Internet Desa Beranang dan Jiranita Taman Semenyih Impian untuk mengadakan sebuah kursus keusahawanan iaitu Kursus Shopee: Satu Klik, Sejuta Peluang bersama Shopee. Program ini bertempat di Pusat Internet Semenyih telah berjalan selama empat jam dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Program keusahawan Shopee ini dijayakan oleh seramai 8 orang peserta. Setiap peserta yang telah mengikuti akan mempelajari cara bagaimana ingin menggunakan platform Shopee untuk memasarkan produk atau dropship di laman platform e-dagang Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali