Ujian Radio Amatur (ORAE)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada kali ini, seramai empat orang peserta telah mengikuti ORAE di Pusat Internet Semenyih. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh seorang pegawai daripada MCMC iaitu Puan Amy.

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yangmemegang lesen radio amatur. SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali