Hari Terbuka PI Semenyih

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lalu, Pusat Internet Semenyih telah mengadakan sebuah program iaitu Hari Terbuka bagi menghargai dan menjalinkan silaturrohim diantara komuniti Semenyih dengan Pusat Internet Semenyih. Hari Terbuka Pusat Internet Semenyih ini diadakan dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang pada 17 haribulan 8, 2019.

Program ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara – acara menarik seperti Pertandingan Robotik, Pertandingan Uji Minda Siber, cabutan bertuah dan pelbagai acara lagi. Setiap acara ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari penduduk – penduduk disini. Pusat Internet Semenyih juga merakamkan setinggi jutaan terima kasih kepada Jiranita KRT Taman Semenyih Impian kerana membantu pihak kami dalam menjayakan Hari Terbuka Pusat Internet Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali