Majlis Perasmian Hari Jualan Komuniti Jiranita Taman Semenyih Impian
26 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini adalah program kerjasama antara Pusat Internet Semenyih dan KRT Taman Semenyih Impian. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan kecil yang terdiri daripada kaum hawa tinggal di Taman Semenyih Impian. Pada program ini, ia berjaya mengumpul seramai 33 usahawan kecil yang mana mereka dapat mempromosikan produk mereka pada hari tersebut. Hari Jualan Komuniti Jiranita Taman Semenyih Impian ini akan dijalankan setiap bulan pada minggu pertama dan ke-4 bermula jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: