Misi Digital Raya Ekelas Di PI Semenyih

18 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Ekelas Maxis telah menyediakan sebuah misi untuk semua para pelajar Ekelas. Para pelajar telah diberi tiga misi untuk diselesaikan bagi memperolehi hadiah yang disediakan oleh Maxis. Antara misi – misinya ialah Misi A, hiasan lakaran bagi kerja berkumpulan. Misi B pula, hiasan Pusat Internet sempena tema Hari Raya dan Misi C merupakan misi bonus iaitu membuat karangan di blog bagi kerja individu.

Misi Digital Raya ini mendapat sambutan hangat dari pelajar Ekelas Semenyih apabila mereka bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan misi-misi ini.

Ekelas merupakan sebuah program daripada Maxis yang menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung bagi meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar bandar. Usaha ini selari dengan matlamat pusat internet iaitu sebagai hab digital kepada komuniti yang memerlukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali