Taklimat Khas Mengenai Siaran TV Digital myFreeview

3 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

MyFreeview merupakan jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan. Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Hal ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan capaian hebahan mengenai penutupan siaran TV analog dan peralihan kepada Siaran TV Digital myFreeview ini dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada rakyat, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pejabat Wilayah Tengah telah mengadakan satu taklimat khas yang melibatkan ketua – ketua cluster bagi wilayah tengah dan diantaranya adalah pengurus PI Semenyih iaitu En. Anwar Bin Maso’od. Taklimat ini diadakan agar maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali