Kerjasama Bersama Sahabat AIM Terus Berlangsung

24 April 2019 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun-tahun yang lalu, kolabarasi antara PI Semenyih dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) masih diteruskan sehingga kini. Kerjasama ini dapat membantu peniaga-peniaga kecil di kawasan setempat untuk berkumpul dan sama-sama berbincang mengenai perniagaan yang mereka jalankan. Selain daripada perbincangan, sahabat-sahabat AIM turut mempromosikan produk mereka untuk dijual secara langsung. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dari tahun ke tahun bagi meningkat minat masyarakat setempat untuk berniaga.

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk menyokong penduduk setempat untuk menjadi seorang ahli usahawan yang berjaya.

Program yang berlangsung pada setiap hari Rabu ini telah melibatkan seramai 13 orang peniaga – peniaga yang terdiri daripada kalangan penduduk sekitar Semenyih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali