Pendaftaran Percuma SSM BizTrust Dilanjutkan
24 November 2020 | Aktiviti TerkiniMenerusi laman rasmi BizTrust SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengeluarkan kenyataan untuk melanjutkan lagi pendaftaran secara percuma SSM BizTrust sehingga Disember tahun hadapan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexendar Nanta Linggi mengatakan bahawa inisiatif ini dilakukan seiring dengan perubahan trend urus niaga peruncitan yang kini banyak beralih kepada perniagaan dalam talian. Beliau juga turut mengatakan bahawa perlanjutan tempoh pendaftaran ini untuk membantu dan memulih ekonomi domestik terutamanya dalam menjelang fasa pasca COVID-19, termasuk meningkatkan kuasa beli pengguna. Inisiatif ini diambil kira melalui perkembangan bidang teknologi dan perniagaan e-Dagang.
Oleh yang demikian, KDPNHEP menwujudkan satu inisiatif melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan memperkenalkan SSM BizTrust sebagai simbol pengikirafan dan piawaian kualiti entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM dengan syarat entiti perniagaan tersebut mematuhi kriteria yang ditetapkan. BizTrust menyediakan platform kepada para peniaga yang menjalankan urusan secara atas talian (termasuk media sosial) bagi mendapatkan pensijilan BizTrust melalui logo (seal) yang akan dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka. Dengan adanya paparan logo SSM BizTrust di sesebuah laman web, pelanggan akan lebih berkeyakinan untuk berurusan dengan entiti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau sekadar berkongsi maklumat di dalam laman web tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara atas talian. Pendaftaran SSM BizTrust boleh dibuat melalui portal https://biztrust.ssm.com.my yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: