Kelas Tambahan Digital Ekelas Maxis 2020
9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini8 Mac 2020 – Kelas Tambahan Digital Ekelas Maxis telah memulakan sesi pembelajaran baharu bermula pada bulan Mac ini. Kelas tambahan Digital Ekelas merupakan pembelajaran digital selepas waktu persekolahan bertujuan meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Fokusnya pada tiga subjek iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Objektif utama kelas tambahan digital ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara baru pembelajaran secara digital disamping menghubungkan pelajar dengan guru melalui sesi tutorial secara langsung. Sesi pembelajaran ini berlangsung setiap hari Jumaat dan Sabtu dan melibatkan pelajar – pelajar dari tahun enam sehingga tingkatan lima.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: