Kempen Kebebesan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong

3 September 2020 | Aktiviti Terkini

Baru - baru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan sebuah kempen kesedaran iaitu Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong bagi menerapkan etika – etika penggunaan media sosial dengan baik serta nilai – nilai positif kepada pengguna media sosial pada masa kini. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna media sosial agar tidak menyalahggunakan hak kebebasan untuk bersuara di negara ini ke arah yang tidak sepatutnya seperti penyebaran berita palsu dan tidak benar. Terdapat lima garis panduan yang digunakan dalam kempen ini. Antaranya adalah “Beringat Bila Bercakap”, “Bercakap Benar”, “Bijak Menilai”, “Luahkan Pendapat Berdasarkan Fakta” dan “Berikan Pandangan Tanpa Menyebarkan Kebencian”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali