Program Klik Dengan Bijak

1 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan sebuah kempen kesedaran iaitu Program Klik Dengan Bijak bagi menerapkan etika –etika penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Antara tujuan kempen ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru iaitu bijak internet, mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali