Kelas Online Marketing - Shopee

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun lalu, Pusat Internet Semenyih telah menjalinkan sebuah kerjasama dengan Pusat Internet Desa Beranang untuk mengadakan sebuah bengkel keusahawan iaituKelas Online Marketing - Shopee untuk pelajar semester satu daripada Giatmara Hulu Langat. Bengkel ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Semenyih.

Para pelajar ini merupakan pelatih bagi kursus Fashion and Dressmaking didedahkan cara untuk menggunakan platform dalam talian iaitu Shopee bagi memasarkan produk – produk mereka. Bengkel keusahawanan ini dijalankan untuk menambah pengetahuan para pelajar tentang keusahawanan disamping mempelajari bagaimana untuk memanfaatkan platform Shopee ini dalam memasarkan produk – produk mereka. Seramai 16 pelajar serta guru pengiring dari Giatmara Hulu Langat telah melibatkan diri dalam program yang dianjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali