Norma Baru "Majlis Pernikahan Atas Talian"

9 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti telah berkerjasama dengan Pejabat Agama Islam Hulu Langat untuk menjalankan Majlis Pernikahan Atas Talian. Majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh melakukannya melalui sidang video mulai 4 Februari 2021, dengan syarat mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis akad nikah di Selangor dilaksanakan secara sidang video di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari lalu. Jais telah memperluas pelaksanaan majlis akad nikah kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua Masjid Pengurusan dan semua PPP dibenarkan melaksanakan pernikahan secara sidang video untuk melancarkan urusan pernikahan pasangan yang bakal berkahwin mulai 4 Februari 2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali