Norma Baru – Aktiviti Atas Talian Sepanjang PKP

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Merujuk kepada kenyataan media PMO pada 28 Mei 2021 berkenaan dengan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ di seluruh negara telah menyebabkan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara tidak dapat beroperasi sementara sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian, PIK Semenyih telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti atas talian bagi memberi info, pendidikan serta maklumat kepada masyarakat khususnya yang tinggal di Semenyih.

Aktiviti atas talian yang diadakan ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti kelas atas talian, kuiz, tutorial dan sebagainya. Setiap hari, PIK Semenyih akan mengadakan sekurang – kurangnya satu aktiviti untuk memberi info – info tentang ICT kepada pengikut – pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Semenyih.

Antara aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti kuiz – kuiz mengenai perisian Microsoft, tutorial – tutorial ICT yang mudah dan kelas atas talian seperti cara menggunakan OBS Studio dan Canva.

Kembali Ke Atas

kembali