Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) 2021

19 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) telah dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2021 sejak berlaku Perintah Kawalan Pergerakan di Negeri Selangor. Seramai empat orang peserta yang telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer ini di Pusat Internet Komuniti Semenyih. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh seorang pegawai daripada MCMC.

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus selepas menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali