Perkhidmatan Baru di PIK Semenyih – Studio Rakaman

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, PIK Semenyih telah menjalankan satu sesi penggambaran akademik bersama dengan pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Perkhidmatan ini baru sahaja diperkenalkan oleh PIK Semenyih yang menawarkan perkhidmatan rakaman dan penyuntingan kepada pengguna. Peralatan yang disediakan adalah lighting, backdrop dan studio penggambaran. Studio ini bukan sahaja digunakan untuk rakaman dan penyuntingan malah sesuai bagi guru - guru yang ingin membuat rakaman pembelajaran dan sesi PdPR.

Selain itu, PIK Semenyih turut menawarkan perkhidmatan baru yang lain seperti sewaan tempat, sewaan studio untuk produk, tangkapan gambar passport dan pelbagai lagi dengan kadar bayaran yang minimum.

Kembali Ke Atas

kembali