Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mentransformasi PEDi sebagai Pusat Sehenti untuk membimbing usahawan mikro menggunakan teknologi digital, bagi menggiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan dalam kalangan usahawan luar bandar.

PEDi yang dijenamakan semula daripada pusat internet komuniti sedia ada akan memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan dan membantu ekonomi rakyat. Transfomasi ini tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

Pusat Ekonomi Digital atau PEDi ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 21 November yang lalu.

Kembali Ke Atas

kembali