Norma Baru Kursus Pra Perkahwinan Online

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Bagi mengamalkan pembudayaan norma baharu, di Selangor telah diadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam secara dalam talian (online). Pengumuman ini dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri.

Kursus Pra Perkahwinan Islam Online (KPPI Online) ini telah mula dilaksanakan bermula 13 Jun 2020. Modul KPPI Online adalah berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sepenuhnya.

Oleh yang demikian, PIK Semenyih telah memainkan peranan membantu bakal pasangan pengantin dengan menyediakan kemudahan seperti penggunaan komputer dan perkhidmatan jalur lebar. Pada 24 April 2021, dua (2) orang peserta kursus perkahwinan online telah lengkap melaksanakan kursus tersebut.

Kembali Ke Atas

kembali