Kelas Multimedia Online Aplikasi Canva

25 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti telah berkerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat untuk menjalankan sebuah program atas talian iaitu Kelas Multimedia Online Aplikasi Canva. Kelas atas talian ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta dan menggunakan Google Meet sebagai medium atas talian.

Tujuan kelas atas talian ini diadakan adalah untuk berkongsi bagaimana kaedah menggunakan perisian Canva dan tools yang mudah digunakan untuk mencipta reka bentuk yang menarik mengikut kreativiti masing – masing.

Kembali Ke Atas

kembali