Norma Baru – Aktiviti PdPR di PIK Semenyih
28 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniBaru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan secara PdPR diteruskan hingga 31 Ogos tahun ini berikutan dengan penularan virus Covid-19 yang masih belum reda lagi di negara kita ini.
Oleh yang demikian, PIK Semenyih memainkan peranan sebagai pusat komuniti yang menyediakan kemudahan jalur lebar serta komputer untuk para pelajar yang menghadapi kesukaran semasa melaksanakan sesi PdPR. Selain itu, PIK Semenyih juga turut menyediakan kemudahan tersebut untuk para guru yang memerlukan sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan.