Bengkel Keusahawan – Asas Akaun

28 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini, PEDi Semenyih telah mengadakan sebuah bengkel keusahawan yang mengajar tentang asas akaun kepada usahawan – usahawan komuniti yang terdapat di sekitar Semenyih. Bengkel ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Semenyih.

Bengkel keusahawanan ini dijalankan untuk menambah pengetahuan para usahawan tentang asas akaun disamping mempelajari bagaimana untuk mengendalikan akaun perniagaan mereka dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dalam mengisian data. Seramai 4 orang usahawan telah melibatkan diri dalam program yang dianjurkan.

Kembali Ke Atas

kembali