Pengemaskinian Aplikasi MySejahtera
30 September 2021 | Aktiviti TerkiniBaru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan wajah baru aplikasi MySejahtera yang memaparkan beberapa ciri – ciri yang terbaru misalnya seperti paparan yang menunjukkan status individu tersebut samada sudah divaksinasi ataupun tidak serta status risiko individu tersebut. Selain itu, butang daftar keluar turut diperkenalkan bagi memudahkan usaha mengesan kontak rapat. Pengemaskinian ini bukan sahaja dapat membantu usaha kerajaan menangani Covid-19 malah ciri – ciri penambahbaikkan ini memudahkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan norma baharu.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.