Program Skuad Antidadah - Explorasi Steamyard Dan Fotografi

31 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lalu, Pusat Internet Komuniti Semenyih telah berkerjasama dengan Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Hulu Langat untuk mengadakan sebuah program yang diberi nama Program Skuad Antidadah “Explorasi Streamyard dan Fotografi”. Program ini dijalankan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Semenyih.

Tujuan program ini adalah untuk mengajak belia untuk melakukan aktiviti berfaedah disamping celik dalam teknologi informasi dan multimedia. Selain itu, para peserta juga boleh menggunakan latihan ini dalam menjana pendapatan atau berkerja dalam industri ekonomi digital. Seramai 9 orang pelatih perintah masyarakat terlibat secara langsung semasa program ini dijalankan.

Kembali Ke Atas

kembali