Citizen E-Payment (CePAT)
10 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniCitizen E-Payment atau lebih dikenali dengan singkatan CePAT merupakan platform atas talian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memudahkan pembayaran secara nirtunai bagi perkhidmatan kerajaan. Menurut Pengarah Urusan Smart Selangor Innovations Sdn Bhd iaitu Dr Fahmi Ngah mengatakan bahawa platform atas talian ini diwujudkan berasaskan keperluan rakyat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, institusi kewangan, dan sebagainya.
Penghasilan aplikasi ini mengambil masa tiga tahun yang melibatkan beberapa perkhidmatan kerajaan yang boleh diakses melalui platform ini iaitu permohonan lesen, kompaun cukai taksiran, scan to ride bagi Bas Smart Selangor, pembayaran bil atas talian seperti Air Selangor dan sebagainya.
Aplikasi ini boleh di muat turun di playstore bagi pengguna Android manakala appstore untuk pengguna Apple