Smart Selangor Parking

17 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Bermula daripada bulan Januari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah menamatkan penggunaan kupon maual dan melaksanakan pembayaran parking secara digital melalui sistem aplikasi SSP atau lebih dikenali sebagai Smart Selangor Parking. Inisiatif Smart Selangor ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Terdapat beberapa fungsi yang memudahkan pengguna iaitu Membuat bayaran parkir merentasi PBT di Selangor, Imbas dan bayar kompaun dengan mudah secara atas talian, Memberi peringatan tempoh tamat tempat letak kereta dan Pembayaran tempat letak kereta (parkir) secara atas talian.

Aplikasi ini boleh di dapati secara muat turun di Appstore untuk pengguna IOS dan Playstore untuk pengguna android atau boleh melayari laman sesawang www.smartselangor.com.my untuk maklumat lanjut

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali