Program Anak Istimewa Selangor (ANIS)

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar? Yang paling penting, ianya PERCUMA!

Kami dari Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) akan mengadakan Program Saringan dan Pengesahan Kanak- Kanak Berkeperluan Khas di Negeri Selangor. Pendaftaran dibuka sehingga 20 Julai 2022.

Oleh itu, warga Selangor jangan lepaskan peluang anda untuk mengisi maklumat anak anda melalui pautan link : https://www.anisselangor.com/saringan untuk menyertai Program Saringan ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55453170 (Pusat ANIS).

Program Saringan Awal Anak Istimewa Selangor (ANIS) ini khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan / rujukan dari doktor pakar. Rumusan laporan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang akan diberikan kepada ibu bapa untuk tindakan selanjutnya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali