Program Advokasi KafeTEEN@PEDi di Semenyih

24 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital Semenyih telah mengadakan sebuah program advokasi bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Program Advokasi KafeTEEN@PEDi. Program ini merupakan satu inisitatif untuk menyampaikan secara meluas tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar.

Program pada hari Ahad tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat yang menghantar seramai 8 orang peserta untuk menyertai program advokasi yang dijalankan ini. Program yang berlangsung selama sejam ini telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Semenyih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali