Bengkel Asas Canva Untuk Perniagaan

29 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Semenyih telah berkerjasama dengan Rakan Digital Semenyih untuk menjalankan sebuah program atas talian iaitu Bengkel Asas Canva Untuk Perniagaan. Bengkel atas talian ini telah melibatkan seramai 7 orang peserta dan menggunakan Google Meet sebagai medium atas talian.

Tujuan bengkel atas talian ini diadakan adalah untuk berkongsi bagaimana kaedah menggunakan perisian Canva dan tools yang mudah digunakan untuk mencipta reka bentuk yang menarik mengikut kreativiti masing – masing dan menggunakan hasil rekaan mereka untuk mempromosi produk masing – masing

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali