Program KITAR di PEDi Semenyih
6 April 2022 | Aktiviti TerkiniProjek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste). PEDi Semenyih telah dipilih oleh MCMC sebagai salah satu lokasi pengumpulan alat peranti lama atau rosak. Hasil pengumpulan ini kemudian akan dilupuskan dengan cara selamat dan sihat. Peranti elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar. Oleh itu, peranti tersebut perlu dilupuskan dengan baik oleh kilang yang diperakui apabila tidak lagi digunakan.
Selain daripada itu, komponen-kompenen alat peranti tersebut turut akan dikitar semula menjadi bahan mentah yang boleh digunakan semula bagi pembuatan barang elektrik dan elektronik. Oleh yang demikan, marilah kita sama-sama menyertai program ini demi menjaga alam sekitar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: