Kursus Asas Keusahawanan
1 Disember 2014 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah menjalankan Kursus Asas Keusahawanan pada 30 November 2014 bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Kursus ni telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih dan seramai 10 orang telah menghadirinya. Tujuannya adalah dapat meningkatkan taraf celik ICT dan menggunakan ICT sebagai alat pemasaran dalam perniagaan di kalangan penduduk setempat.
Untuk kursus kali ini terdapat 2 orang tenaga pengajar yang mana merupakan Pengurus dan Penolong Pengurus PI Semenyih. Semua peserta merupakan ahli PI Semenyih yang mana tinggal atau mempunyai premis perniagaan di sekitar PI Semenyih. Peserta kali ini berusia sekitar 18 hingga 45 tahun.
Para peserta telah diajar tentang pengenalan kepada:
• Sistem operasi (OS)
• Pengenalan kepada jaringan internet
• Taklimat 'Klik dengan Bijak' (KBD)
• Pengenalan terhadap 'Google Apps'
• Asas membina laman sesawang
• Asas membina blog
Semua kandungan dalam kursus ini dapat membantu peserta dalam aktiviti harian dan aktiviti keusahawanan mereka. Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik oleh peserta dan mereka mengharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada setiap bulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: