Belajar Itu Seronok!
15 November 2015 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semenyih adalah salah sebuah PI yang dipilih oleh Maxis Berhad untuk bersama-sama menjayakan Program E-Kelas. Program E-Kelas adalah sebuah program yang memberi tumpuan kepada pendidikan pelajar sekolah menengah. Seramai 60 orang pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 3 telah menyertai program ini. Berbeza dengan kelas tuisyen, E-Kelas tampak lebih seronok dan menarik. Dengan memberi penekanan 'Belajar Itu Seronok', tampak para peserta program ini lebih bersemangat untuk belajar. Semasa sesi E-Kelas ini diadakan, pembelajaran secara dua hala di antara guru dan pelajar kelihatan lebih menonjol berbanding di sekolah. Para pelajar kurang malu dan lebih cenderung untuk bertanyakan soalan kepada guru. Ini merupakan petanda yang positif bagi meningkatkan mutu pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: