Bengkel Robotics 2016
29 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniBengkel ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Bengkel Robotics ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC. Ianya telah dihadiri oleh 39 orang peserta. Diadakan di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah menghantar 3 orang wakil pelajar iaitu Nur Atiqa Idayu Binti Kamaruzaman, Nik Farisya Ila Binti Zuhaimi dan Nur Izzah Atira Binti Azman dan diiringi oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih, En Anwar bin Masoód bagi menyertai bengkel ini. Peserta diberi penerangan ringkas mengenai teknologi Robotics menggunakan Lego sekaligus mengaplikasikannya dalam pertandingan yang disediakan. Tenaga pengajar terdiri daripada Encik Afiq dari Executive & Education Trainer Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd dan fasilitator adalah Pengurus PI Central sendiri.
Aktiviti yang telah disediakan termasuklah pendaftaran peserta seawal pagi di Deawan Komuniti Presint 9 Fasa 10. Kemudian penerangan ringkas mengenai teknologi Robotics menggunakan lego dan bengkel robotics. Seterusnya para peserta diberi tugasan untuk pemasangan Lego dan programming robot. Seterusnya lego yang telah siap dipasang akan diaplikasikan dalam pertandingan tarik tali antara robot. Para pemenang diberi hadiah pada sesi penyampaian hadiah dan seterusnya sesi bergambar kenang-kenangan.
Program ini ternyata memberi impak kepada para peserta. Terima kasih diucapkan kepada pihak MCMC dan semua yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: