Program Creating IT Literate for Darul Mustaffa Litahfizil
24 April 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Semenyih telah menjadi pusat untuk menjalankan program ini. Program ini dianjurkan oleh Group D Section 4G UHS2021 Universiti Malaysia Pahang. . Program ini telah dijalankan pada 24 April 2016 (Ahad) bertempat di bilik latihan, Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih, Selangor. Seramai lebih kurang 16 orang pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Darul Mustaffa dan 5 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang serta seorang tenaga pengajar terlibat dalam program ini. Program bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.
Program ini bertujuan untuk mengisi silibus matapelajaran bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang. Mereka ditugaskan untuk memberi pendedahan mengenai IT kepada orang awam. Oleh itu para pelajar Maahad Tahfiz Darul Mustaffa dipilih dan Pusat Internet 1 Malaysia dijadikan sebagai pusat kerana mempunyai kemudahan ICT yang diperlukan seperti PC dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah pengenalan mengenai IT. Pengenalan ini termasuklah mengenai kepentingan ICT dalan kehidupan seharian. Selain itu aktiviti utama adalah mengenai Microsoft Power Point. Para pelajar diajar mengenai cara penggunaan Microsoft Power Point secara menyeluruh untuk diaplikasikan pada masa akan datang.
Program dimulakan dengan pengenalan mengenai Microsoft Power Point. En Firdaus, tenaga pengajar untuk aktiviti ini menyampaikan pembelajaran dengan cara yang menarik bagi menarik minat para pelajar untuk terus fokus. Pembelajaran ta,at pada jam 1.00 petang untuk memberi laluan pada Solat Zohor dan makan tengahari.
Aktiviti bersambung pada jam 2.00 petang. Para pelajar dikehendaki membentuk 4 kumpulan untuk mengaplikasikan apa yang telah diajar dalam bentuk pembentangan Microsoft Power Point. Pada jam 3.30 petang, pembentangan pon bermula.
Majlis penutup bermula pada jam 4.30 petang. Plak dan Sijil Penghargaan diberikan kepada Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih sebagai kenang-kenangan. Setelah majlis penyampaian hadiah dan cenderamata, kami didendangkan dengan Qasidah oleh pelajar Maahad Tahfiz Darul Mustaffa. Setelah itu, majlis bersurai.
Terima kasih kepada pelajar Universiti Malaysia Pahang kerana memilih Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih untuk program kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: