Program Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih
5 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPara pelajar dan pensyarah tiba di Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih pada jam 10.00 pagi 4 Mei 2016. Seramai 9 orang pelajar dan seorang pensyarah Prof. Dr. Siti Zobidah Omar dari kelas KOM 5415: Komunikasi Siber, Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat, Bahagian Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi taklimat ringkas sebelum dibawa melawat ke sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih ini.
Setelah itu, program diteruskan dengan taklimat dan penerangan lengkap oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih En. Anwar Maso'od di bilik latihan.
Antara kandungan taklimat dan penerangan ialah
1) Peranan Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih
2) Inisiatif Pusat Internet 1 Malaysia Semenyih
3) Program ICT dan Keusahawanan
4) Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan PI Semenyih
5) Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh PI Semenyih
6) Contoh kisah kejayaan di PI Semenyih
Sesi lawatan ini diteruskan dengan sesi soal jawab. Para pelajar diberikan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang PI, perkara-perkara yang berkaitan dengan ICT, keusahawanan, kebaikan dan kepentingan PI kepada masyarakat khususnya masyarakat luar bandar.
Program di akhiri dengan sesi bergambar pada jam 12.00 tengahari.
Di akhir lawatan ini, para pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai inisiatif dan program yang dilakukan oleh Pusat Internet 1 Malaysia , Semenyih yang berkaitan dengan komunikasi siber, ICT dan pembangunan masyarakat di Malaysia. Selain itu, mereka juga dapat memahami inisiatif baru yang berkaitan dengan warga digital dan negara digital pintar di kawasan luar bandar. Disamping itu juga, mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai sifat pekerjaan yang dilakukan oleh Pusat Internet dalam talian dengan aspirasi Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta dapat meluaskan pandangan pelajar tentang kepentingan Pusat Internet 1 Malaysia terutamanya kepada masyarakat luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: